Bismillahirahmanirrahim....
Dengan nama Tuhanku,ALLAH Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa.
Istimewa buatmu.
Yang membesar bersamaku tika waktu masih muda remaja,kini kian meningkat dewasa.
Pertamanya,sepuluh jari kumohon maaf kerana mungkin apa yang bakal kuperkatakan kemudian nanti,
Masih tidak menjawab ataupun jua belum memenuhi permintaanmu.
Tapi aku akan cuba yang termampu,sedaya yang ALLAH izinkan kepadaku.
Kerana aku dan kau menumpang di BumiNya.Semua milikNya.
Tips untuk MUET?
Sebenarnya,diri ini pun tak pasti tips yang terbaik tapi yang diri ini paling pasti
Ia adalah exam yang nak uji kita terer ke tak bahasa omputeh gitu.Haha.
Kalau IELTS?ohhh,yang ini paling aku kenal benar.
Kerana di sini,aku diuji.Diuji oleh Penciptaku.Tetapi kerana yakin dan percaya,
setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.Dia Maha Tahu.Jangan persoalkan yang selebihnya.
Tips yang paling berkesan,
adalah usaha,doa dan tawakkal.
Hayati ilmu itu kerana ALLAH,amalkannya,
Jangan main asal boleh and no last minute preparation.Haaa,kan dah terkeluar
bahasa omputeh tu.heeee.InsyaALLAH, all is well.Innallahama'ana.
Di Sinilah Kita
Di sinilah kita merancang dan bertindak
Memerah fikiran
Dan melerai masalah
Namun kita tetap manusia
Tenaga kita tetap tak ke mana
Fikiran kita ada batasnya
Tindakan kita ada batasnya
Di sinilah kita berfikir dan bekerja
Namun kita tetap lemah
Hanya bersandar pada TUHAN
Kita pastinya akan gagah
Selagi kita kita terasa lemah
Selama kita tunduk dan menyerah
Pada kehendak dan kudratNya.
Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan.Man Jadda Wa Jada :)
No comments:
Post a Comment