Bismilahirahmanirrahim....
Ku lihat gelagat jariku,
Meniti pena yang bakal tertulis.
Bicaraku seperti biasa.
Pada Tuhan yang Maha Menyinta.
Pada hamba yang hina.
Nikmat pemberianMu,mencurah-curah.
Hinggakan suatu saat,
Terbit persoalanku,
Adakah Engkau sedang menguji taatku dalam pemberianMu?
Terimbau aku pada diri aku yang dulu.
Ahhh,aku sedaya boleh,seingin mampu,
Mahu melupakan segalanya,
Yang membiarkan diriku terjerat dalam karat dosa.
Dan hingga detik ini,
Kebahagiaan yang aku rasakan,
Bagaikan tiada pernah kubayangkan,
Insan-insan yang Kau kirimkan
Buatku,benar-benar menceriakan hidupku.
Kesukaran yang terkadang membuatku
Ingin berhenti mencuba,
Mampu dipujuk hati yang tegar berpaut
pada yakinku padaMu.
KAU.sentiasa ada buatku.
Menginjak umur.
Muhasabah akan amalku,
Sudah cukupkah amal dakwahku?
Pada mad'u ku?
Hak mereka?
Murabbi yang 'dhaif' tidak akan mampu menyentuh hati mutarabbi .
Banyak lagi hak yang tak tertunai.
Ya Allah,
Saksikanlah ya Allah,biarpun tiada nilai di sisi manusia,
Jadikan segala usahaku bernilai di sisiMu .
Saksikanlah ya Allah,
HambaMu yang benar-benar mengharap padaMu.
No comments:
Post a Comment